Latihan



Latihan 1
Simpulan Bahasa
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.
  baik sangka             anak angkat             angkat kaki             alas perut
  bahasa dalam          bekas tangan           cabut nyawa
  durian runtuh            mencari jalan            beri muka


1. Pagi tadi  Meng Seng ....................sebelum pergi Kuala Lumpur.
2. ....................Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.
3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak tidak berlesen ...................
4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................
5. Orang tua selalu ..........................dengan semua orang.
6. Inilah manuskrip ..........................pengarang yang terkenal itu.
7. Ayahnya terlalu ...........................kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal.
8. Perompak itu hendak .......................mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat menembaknya.
9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu ......................
10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat .....................





*JAWAPAN*          
1. alas perut
2. Anak angkat.
3. angkat kaki.
4. bahasa dalam.
5. beri  muka.
 6.bekas tangan.
 7. baik sangka
8. cabut nyawa
9. mencari jalan.
10. durian runtuh
















Latihan 2
Kata Adjektif dan Kata Adverba
1. Kata Adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu kata nama     
seperti  benda,orang,tempat,keadaan dan sebagainya.

2. Kata Adjekfitif  juga dikenali sebagai
Kata Sifat.
Contoh Kata Adjektif
Contah Ayat
nakal
garang
besar
tebal
lurus
Chee Keong seorang budak yang nakal.
Lembu janntan itu sangat garang.
Rumah besar itu sangat cantik.
Buku itu tebal.
Pembaris ini lurus.


3. Kata Adverba ialah kata yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kata kerja.
Contoh Kata Adverba
Contoh Ayat
tinggi
kencang
perlahan
gelojoh
lebat
Burung itu terbang tinggi.
Angin bertiup dengan kencang.
Pak Ali berjalan dengan perlahan.
Budak nakal itu makan nasi dengan gelojoh.
Pokok mangga itu berbuah dengan lebat.


LATIHAN

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1. Kuih-muih yang dijual oleh penjaja oleh itu sangat____________ .
A.lazat
B.merdu
C.gembira
D.mewah


2. Rumah Jie Ying terletak____________ dari sini .
A.jauh
B.panjang
C.lama
D.jarang

3.Murid  yang_________itu sangat disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya.
A.bodoh
B.malas
C.pandai
D.degil

4.Pekerja yang rajin itu __________datang awal ke sekolah .
A.lewat
B.selalu
C.malas
D.jarang

5.Budak kecil itu tidak dapat mengangkat yang ___________ itu .
A.berat
B.ringan
C.kecil
D.lembut
6.Laut itu sangat ____________kerana mengandungi banyak garam .
A.manis
B.masam
C.pahit
D.masin
7.Air sungai itu mengalir dengan___________ selepas hujan lebat .
A.laju
B.deras
C.cepat
D.lambut

8.Pemuda itu suka membawa keretanya dengan___________.
A.kuat
B.fasih
C.cergas
D.laju

9.Angin bertiup dengan__________di kawasan itu malam tadi .
A.laju
B.kuat
C.kencang
D.deras

10.Bayi itu tidur dengan_________nya di dalam buaian .
A.sedap
B.merdu
C.nyenyak
D.seronok






*JAWAPAN*          
1.A
2.A
3.C
4.B
5.A
6.D
7.B
8.D
 9.C
10.C


















Latihan 3
 Kata Adjektif
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.
     nipis   nyaris   lembik       lenguh   lambat    lembap
    lazat    kelabu  condong   jauh       panjang

1.     Nasi yang dimasak oleh kakak terlalu ________ .

2. Tiang itu ________ kerana dilanggar lori .

3. Kakinya terasa __________ kerana terlalu _______ berjalan .

4.Kami memerlukan galah yang lebih _______untuk mengait buah rambutan itu.

5.Puan Rasyidah menyedia makanan yang _________ untuk keluarganya.

6.Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal itu _______menemui maut.

7.Jam tangan Ramu _________ sepuluh minit.

8.Puan Ng membalut luka anaknya dengan kain _______.

9.Ayah memakai baju Melayu berwarna _______ ke masjid.

10.Pakaian yang tersidai itu masih ________.

*JAWAPAN*          
1. lembik
2. condong
3. lenguh      jauh
4. panjang
5. lazat
6. nyaris
7. lambat
8. nipis.
9. kelabu
10. lembap.


















Latihan 3
Nilai Murni
Pilih nilai murni yang sesuai.
1.  Kita perlu ______ dalam menguruskan wang seperti            
menyimpannya wang di bank.

     A. berjimat cermat
     B. berhati-hati
     C. bersopan santun

2. Kita perlu _________ alam sekitar seperti membuang sampah  
ke dalam tong sampah.

    A. menjaga kebersihan
    B. keberanian
C. berdikari

2.     Kita perlu mematuhi ______ seperti makan di kantin sekolah pada         
waktu rehat.                
  
   A. tertib dan beradab
   B. peraturan sekolah
   C. bijak memilih makanan

3.     Kita perlu ______ yang berkhasiat untuk kesihatan.

    A. tertib dan beradab
    B. peraturan sekolah
C. bijak memilih makanan

5. Kita perlu makan dengan ______.

     A. tertib dan beradab
     B. peraturan sekolah
     C. bijak memilih makanan

6. Kita perlu ______ dengan bersungguh-sungguh demi mencapai impian.
   A. berusaha
   B. sukan menabung
   C. berdikari

7. Kita perlu ______ dan tidak menyusahkan kedua-dua ibu bapa
dalam  mengejar impian kita.

   A. berusaha
   B. sukan menabung
   C. berdikari

8. Sikap ______ juga perlu ada pada setiap orang untuk menjamin
    masa  depan kita

   A. berusaha
   B. sukan menabung
   C. berdikari





*JAWAPAN*          

1. A 
2. A
3. B
4. C
5. A
6. A
7. C
8 .B



9 comments:

  1. Adik saya sangat hebat ,kerana semua latihan di atas telah berjaya menjawab.Di sini saya ingin cikgu membuat banyak latihan lagi ,saya mesti melayari blog ini.

    ReplyDelete
  2. Saya telah membuat banyak karangan dalam blog saya,sila layari

    ReplyDelete
  3. soalan ini telah mambantu saya dalam peperiksaan. Terima Kasih!

    ReplyDelete
  4. soalan ini membantu saya dalam peperiksaan. DAN SOALAN INI SENANG SANGAT

    ReplyDelete
  5. seranonok betul melayari blog cikgu. Latihan yang disediakan adlah amat baik. terima kasih

    ReplyDelete
  6. seranonok betul melayari blog cikgu. Latihan yang disediakan adlah amat baik. terima kasih

    ReplyDelete
  7. terima kasih cikgu,saya dari 78% pergike 95%.saya tahun 5

    ReplyDelete
  8. Soalan ini agak senang sangat lah.Kalau boleh saya nak soalan yang agak mencabar lah.saya tahun 5.Saya hanyak nak bagi 64% sahaja lah.Sorry lah kalau sikit peratus tu cikgu.Satu lagi,saya nak banyak soalan untuk buat latihan Bahasa Melayu.Bye cikgu.ASSALAMU'ALAIKUM.

    ReplyDelete
  9. Satu lagi saya lupa nak tanya.Kenapa kena ada jawapan?Tak payah lah ada jawapan...

    ReplyDelete