1.Kesalahan Umum Frasa Nama
a. Kesalahan hukum D-M
- Hukum D-M ialah hukum tentang cara kata-kata disusun supaya frasa nama
dapat dibentuk.
- D bermaksud unsur/perkara yang diterangkan atau subjek ayat.
- M bermaksud unnsur/perkara yang menerangkan atau predikat ayat
- Suatu frasa nama unsur D mestilah mendahului M kecuali nama-nama
jawatan.
Ah Seng restoran terletak di persimpangan Jalan Melati
Restoran Ah Seng terletak di persimpangan Jalan Melati
b. Kesalahan dari segi bentuk jamak;
- Kata nama/frasa nama tidak boleh mengikut kata bilangan yang membawa
maksud banyak
Beberapa masalah-masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera
Beberapa masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera
- Kata nama/frasa nama tidak perlu digandakan menjadi penggandaan
berentak/kata nama ganda berentak yang membawa maksud jamak tidak
boleh hadir selepas kata bilangan tak tentu.
Di daerah ini banyak bukit-bukau
Di daerah ini banyak bukit
- Kata nama am/frasa nama am yang mendukung maksud jamak tidak perlu
diulang.
Generasi-generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya
Generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya
- Kata nama/frasa nama yang didahului oleh kata bilangan yang membawa
makna/kumpulan tidak perlu diulang atau digandakan.
Kaum petani-petani itu sedang mengerjakan tanah
Kaum petani itu sedang mengerjakan tanah
- Kata nama majmuk yang membawa maksud jamak tidak perlu diulang sama
ada sebahagian atau keseluruhannya.
Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim-alim ulama
Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim ulama
- Kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka tidak boleh diulang kerana sudah
membawa maksud jamak.
Mereka-mereka itu ialah kawan saya
Mereka itu ialah kawan saya
- Kata nama di bahagian subjek tidak perlu diulang jika unsur predikatnya
terbina daripada kata adjektif yang digandakan atau sebaliknya.
Baju-baju itu cantik-cantik belaka
Baju-baju itu cantik belaka
Baju itu cantik-cantik belaka
2.Kesalahan Frasa Adjektif Yang Terbina Daripada Kata
Adjektif Dasar
a. Kata adjektif yang bersifat emotif (pernyataan perasaan) tidak boleh menerima akhiran -an.
Adam masih sayangkan isterinya
Adam masih sayang akan isterinya
b. Frasa adjektif yang hendak diperluaskan tidak boleh melenyapkan kata sendi
antara frasa adjektif yang bersifat emotif dengan frasa nama.
Saya amat minat seniman agung P. Ramlee
Saya amat minat akan seniman agung P. Ramlee
c. Dua unsur penguat tidak boleh hadir di depan atau di belakang kata adjektif
serentak.
Amat miskin benar kehidupan kami sekarang
Miskin benar kehidupan kami sekarang
d. Walau bagaimanapun, dua unsur penguat yang tertentu boleh hadir
berderetan sebelum kata adjektif.
Makanan itu amat lazat sungguh
Makanan itu sungguh amat lazat
e. Kata penguat maha merupakan awalan pinjaman bahasa Sanskrit yang
membawa maksud amat atau sangat. Kata penguat maha tidak boleh
berfungsi seperti mana amat atau sangat yang boleh hadir sebelum
atau sesudah kata adjektif. Sebaliknya kata penguat maha hanya boleh hadir
sebelum kata adjektif dan ditulis berasingan dengan kata adjektif tidak seperti
mana fungsinya sebagai imbuhan awalan pinjaman yang ditulis secara
bercantum dengan kata dasar.
Mahaluas bumi ciptaan Tuhan ini
Maha luas bumi ciptaan Tuhan ini
f. Kata nafi bukan tidak boleh mendahului kata adjektif melainkan frasa adjektif tersebut mengandungi dua
maklumat yang bertentangan.
Siti bukan pendek
Siti tidak pendek
g. Kata kuat kurang tidak boleh digunakan untuk menegaskan kata adjektif
yang mempunyai ciri negatif.
Keadaannya kurang teruk sejak semalam
Keadaannya kurang baik sejak semalam
3. Kesalahan Frasa Adjektif Yang Terbina Daripada Kata Adjektif
Terbitan
a. Kata adjektif yang berawalan teR- yang mendokong maksud kata penguat
tidak boleh hadir secara langsung sebagai predikat kepada subjek ayat (Frasa Nama). Kata adjektif tersebut perlulah diawali oleh partikel –lah atau kata sandang yang pada frasa namanya.
Dia terpandai di dalam kelasnya
Dialah yang terpandai di dalam kelasnya
Dialah terpandai di dalam kelasnya
Dia yang terpandai di dalam kelasnya
Dia paling pandai di dalam kelasnya
Dia amat pandai di dalam kelasnya
Dia sungguh pandai di dalam kelasnya
b. Kata adjektif yang berawalan teR- yang bermaksud paling tidak perlu
ditegaskan lagi dengan kata penguat.
Dialah pelajar yang mendapat tempat terakhir sekali di dalam kelasnya
Dialah pelajar yang mendapat tempat terakhir di dalam kelasnya
c. Tetapi terdapat juga kata adjektif yang berawalan teR- yang boleh didahului oleh kata penguat paling. Kata adjektif itu dikenali sebagai kata adjektif yang membawa maksud darjah biasa.
Beliau tokoh yang paling terkenal di kawasan itu
Beliau tokoh yang terkenal di kawasan itu
d. Kata adjektif yang berawalan se- yang membawa maksud sama dengan tidak
perlu diikut oleh kata sendi nama dengan selepasnya.
Kehebatannya setanding dengan pemain import itu
Kehebatannya setanding pemain import itu
Kehebatannya sama tanding dengan pemain import itu
e. Kata adjektif berapitan ke-…-an yang membawa maksud memiliki sifat seperti tidak perlu lagi diikuti oleh kata sendi nama seperti sebelumnya.
Perangainya seperti keanak-anakan sahaja
Perangainya seperti anak-anak sahaja
f. Kata adjektif yang berapitan ke-…-an yang membawa maksud seakan-
akan/agak tidak perlu lagi diikuti oleh kata sendi nama seperti sebelumnya.
Warna kainnya agak kekuning-kuningan
Warna kainnya kekuning-kuningan
Warna kainnya agak kuning-kuningan
g. Kata ganda berirama yang mendukung maksud sangat/paling untuk sesuatu
kata adjektif, tidak perlu lagi disertai kata penguat sebelumnya.
Majlis kenduri itu sangat hiruk-pikuk dengan suara saudara-mara
Majlis kenduri itu hiruk-pikuk dengan suara saudara-mara
4. Kesalahan Umum Ayat Majmuk Gabungan
a. Kata hubung seperti lalu, dan, lagi, serta, dan sambil berfungsi menggabungkan ayat-ayat tunggal yang susunannya berurutan. Manakala kata hubung seperti sebaliknya, tetapi, kecuali, dan malahan berfungsi menggabungkan ayat-ayat tunggal yang susunannya membawa maksud pertentangan dua maklumat.
Fatimah diam dan bijak berpidato
Ftimahh diam tetapi bijak berpidato
b. Kata sendi dengan tidak boleh disamakan fungsinya dengan kata hubung
sambil atau serta.
Ahmad berbaring dengan membaca majalah itu
Ahmad berbaring sambil membaca majalah itu
c. Jika predikat dalam ayat tunggal terbina daripada frasa sendu nama, maka
kata sendi yang menjadi kata inti frasa tersebut tidak boleh digugurkan.
Alisa ke sekolah atau tempat lain
Alisa ke sekolah atau ke tempat lain
d. Kata nafi bukan hanya boleh berpasangan dengan kata hubung yang
membawa maksud pertentangan.
Bukan dia yang melakukannya malahan dia dituduh
Bukan dia yang melakukannya tetapi dia dituduh
e. Kata hubung sama ada hanya boleh berpasangan dengan kata hubung
atau dalam ayat majmuk gabungan.
Sama ada itu kepunyaannya dan adiknya, saya kurang pasti
Sama ada itu kepunyaannya atau adiknya, saya kurang pasti
5. Kesalahan Umum Ayat Majmuk Pancangan
a. Kesalahan menggunakan kata hubung pancangan seperti bahawa,
agar, kerana, dan sebagainya.
Dia menyatakan yang dia datang lambat hari ini
Dia mengatakan bahawa dia datang lambat hari ini
b. Menggunakan kata hubung pancangan secara sewenang-wenangnya
dalam ayat.
Dia yakin dia akan berjaya
Dia yakin bahawa dia akan berjaya
c. Kehadiran kata hubung pancangan yang tidak tepat kedudukannya dalam
ayat, menjadikan struktur ayat tersebut salah.
Basikal itu yang berwarna merah terbiar di tepi jalan
Basikal yang berwarna merah itu terbiar di tepi jalan
Kesalahan Umum Frasa Kerja Transitif Aktif
a. Kata lain tidak boleh hadir selepas kata kerja transitif aktif kecuali kata/
frasa nama.
Dia menasihati akan rakan-rakannya
Dia menasihati rakan-rakannya
b. Kata hubung klain atau kata hubung sandang yang tidak boleh hadir kecuali kata hubung komplemen bahawa selepas kata kerja pembentuk ayat majmuk pancangan komplemen.
Mereka mengatakan yang Alise kemalangan semalam
Mereka mengatakan bahawa Alise kemalangan semalam
c. Frasa kerja transitif aktif tidak menerima kata nafi bukan sebagai
penerang kepada frasa kerja tersebut.
Dia bukan menonton filem tadi
Dia tidak menonton filem tadi
d. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh hadir sebagai penerang
frasa kerja transitif aktif jika terdapat maklumat yang bertentangan.
Dia bukan membaca buku ataupun menulis nota
Dia bukan membaca buku tetapi menulis nota
6. Kesalahan Umum Frasa Kerja Tak Transitif Aktif
a. Kata kerja tak transitif aktif berapitan beR-…-kan tidak boleh disisipkan
kata lain selepas kata nama/frasa nama selepasnya.
Penahanannya berdasarkan pada bukti yang kukuh
Penahanannya berdasarkan bukti yang kukuh
b. Kata kerja tak transitif aktif selain kata kerja berapitan beR-…-kan atau
kata kerja menjadi mesti disisipkan dengan kata sendi apabila hendak meluaskan frasa tersebut ataupun menerima kata adjektif selepasnya.
Ismail bermain-main adiknya
Ismail bermain-main dengan adiknya
c. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebagai penerang
frasa kerja tak transitif jika terdapat maklumat yang bertentangan.
Mereka bukan bersedih ataupun bergembira
Mereka bukan bersedih tetapi bergembira
7. Kesalahan Umum Frasa Kerja Pasif Diri Pertama dan Kedua
a. Memasukkan kata lain antara kata ganti nama diri dengan kata kerja pasif.
Saya hendak meminjamkan buku ini kepada Tong Seng
Buku ini saya hendak pinjamkan kepada Tong Seng
Buku ini hendak saya pinjamkan kepada Tong Seng
c. Frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh menerima awalan di- atau ter-
dan oleh.
Jam itu dirosakkan oleh saya
Jam itu saya rosakkan
d. Kata nafi bukan tidak boleh digunakan dalam binaan frasa kerja pasif
diri pertama dan kedua.
Kerosakan itu bukan saya lakukan
Kerosakan itu tidak saya lakukan
e. Kata nafi bukan hanya boleh digunakan apabila terdapat dua maklumat
yang bertentangan.
Hadiah itu bukan saya belikan malahan dia
Hadiah itu bukan saya belikan tetapi dia
f. Kata sandang nya tidak boleh hadir selepas kata kerja pasif
diri pertama/kedua.
Pembarisl itu telah saya pulangkannya semalam
Pembarisl itu telah saya pulangkan semalam
f. Kata kerja pasif diri ketiga boleh diikuti kata sendi oleh secara pilihan
Kumari membeli buah-buahan di pasar
Buah-buahan dibeli oleh Kumari di pasar
Buah-buahan dibeli Kumari di pasar
Sumber ini amat berguna untuk menjawab BM pemahaman .Dan bahagian ini murid sering cuai menggunakanya.
ReplyDelete