Nota

1.Baik hati

Belas kasihan
  •  Bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.
Bertimbang rasa
  • Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat suatu tindakan.
Murah hati
  • Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya.
Saling memahami
  • Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing.
Saling bermaafan
  • Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan.
2.Berdikari

Berupaya bertindak sendiri
  • sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
Yakin pada diri sendiri
  • Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba.
  • Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan orang lain.
3.Hemah tinggi

Kesopanan
  • Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan orang lain.
Mengakui kesalahan diri
  • Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat.
Ramah mesra
  • Sedia bergaul mesra dengan semua orang.
 4.Kasih Sayang
Sayangkan diri sendiri dan orang lain



  • Menyayangi diri sendiri dan orang lain
Sayang kepada alam sekitar
  • Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.
  5.Keadilan

Adil
  • Mempertimbangkan dan membuat sesuatu secara objektif, menyeluruh, dan bersesuaian.
Saksama


  • Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberi ganjaran atau hukuman.
6.Kebebasan

Kebebasan di sisi undang-undang
  • Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara, dan agama.
7.Kebersihan

Kebersihan diri
  • Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat.
Kebersihan persekitaran 
  • Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
Kebersihan  mental
  • Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungan dengan orang lain.
8.Kejujuran

Amanah
  • Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
Bercakap benar
  • Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung.
Ikhlas
  • Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan.

9  Kerajinan 
Daya usaha
·    Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif, dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti
10 Kerjasama
Gotong-royong
·    Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela.
Toleransi
·    Bertolak ansur serta dapat mengawal diri mengelakkan berlakunya perselisihan.
Perpaduan
·    Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara, dan antarabangsa.

11  Kesederhanaan
Pertuturan dan perlakuan yang sederhana
· Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta    menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain.
12  kesyukuran
Berterima kasih
·Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
13  Rasional
Membuat pertimbangan
· Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.
14 Semangat bermasyarakat
 Bermuafakat
· Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama.
Kejiranan  
·Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga.
Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat
·Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.

15  Kebersihan
Kebersihan diri
 ·Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat.
Kebersihan persekitaran
 ·Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
Kebersihan  mental
·Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungan dengan orang lain.
16  Patriotisme
       Menghormati pemimpin
       Berusaha untuk memajukan Negara
        Semangat untuk kejayaan Negara
       Rela berkorban demi kemakmuran negara

NOTA TAMBAHAN
Untuk mendapat markah yang cemerlang dalam bahagian C, murid-murid ingatlah...
  • Membuat ulasan yang jelas dan tepat.
  • Menggunakan ayat yang lengkap.
  • Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
  • Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik.
  • Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul.
  • Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina. Kenalpasti penanda wacana.



3 comments:

  1. Bapa bercakap Bahagian ini sangat berguna terhadap adik saya .Di sini bapa saya berharap cikgu Chua boleh mempamerkan banyak nota dan latihan untuk adik saya dan kawan-kawanya.

    ReplyDelete
  2. Nilai murni ini amat penting bagi murid menjawab kertas 2 bahagian c.

    ReplyDelete