Kesalahan dari segi kata

Kata Ganti Diri
1.     Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan

dengan  salah.

    2. Kata beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak  dihormati  
        atau kanak-kanak dan binatang. 

     Contoh:
        Siti dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
        Siti dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )

       Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )
       Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
2.     Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.

     Contoh:
      Beg ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
     Beg ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )

     Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
     Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
 3.       Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.

Contoh:
“Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )
“Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )

“Kita akan ke rumah awak,” kata Siti  dan Tina kepada Suzie. ( salah )
“Kami akan ke rumah awak,” kata Siti dan Tina kepada Suzie. ( betul )

4.Kata mereka  tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
Contoh:
Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )

Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
Buku-buku  ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )

6.      Kata mereka tidak boleh diulang.
Contoh:
Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )
7.      Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
Contoh:

Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )

Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )
Kata Bilangan
1.  Terdapat 6 jenis kata bilangan:
    Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-
    setengah, dan sebagainya.
   Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
   Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
   Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan   
   sebagainya.
   Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
2.  Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.
salah
a. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai


betul
      a. setengah-setengah orang
      b. tiap-tiap murid
      c. berbagai-bagai warna
      d. kedua-dua mempelai
3.Kata para tidak boleh diulang.
Contoh:
Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )

4.     Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh   didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.
Contoh:
dua setengah meter ( salah )
dua suku jam ( salah )
tiga setengah ringgit ( salah )
dua meter setengah ( betul )
dua jam suku ( betul )
tiga ringgit setengah ( betul )


Penjodoh Bilangan
1.      Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.
2.      Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
SALAH
BETUL
setiap orang murid
semua orang pekerja
seluruh  buah kampung
segala ekor binatang
 sekalian orang peserta
 para orang guru
setiap murid
semua pekerja
seluruh kampung
segala binatang
sekalian peserta
para guru













3.   Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
SALAH
BETUL
beberapa buah usul
kedua-dua bentuk sifat
setiap buah sumbangan
semua buah pendapat
segala butir cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan
pelbagai bentuk teguran
beberapa usul
kedua-dua sifat
setiap sumbangan
semua pendapat
segala cadangan
tiap-tiap kenangan
pelbagai teguran


Kata Sendi
1.     Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah
 dari dan daripada
 di dan pada
 ke dan kepada .
2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
SALAH
BETUL
Devi datang daripada Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie daripada pukul dua.
Ely terima surat dari Elyas
Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera.
Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup
Devi datang  dari Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie dari pukul dua.
Ely menerima surat daripada Elyas.
Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera.
Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.


3.  Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh:
     a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
     ~  Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
     b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah )
     ~  Ayu berkebun di belakang rumah ( betul  )
     c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
    ~  Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )
    ~  Buku itu ada pada Suzie. ( betul )

4. Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak   bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.
      Contoh:
      a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
      -  Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
      b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah )
      -  Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
      c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah )
      -  Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )
Kata Kerja   
1. Ada dua jenis kata kerja:
    a. kata kerja transitif
    b. kata kerja intransitif atau tak taransitif
2. Kata kerja transitif terbahagi kepada:
kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )
kata kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)
kata kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)
kata kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)
kata kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).
Kata kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai dsb.)
3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan men-
    a. buang sampah ( salah )
        membuang sampah ( betul )
    b. goring ikan ( salah )
        menggoreng ikan ( betul )
4. Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…i berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
    Contoh:
SALAH
BETUL
Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak.
Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran.
Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara.
Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping.
Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar.
Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan Ishak segelas air.
Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.
Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara.
Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping.
Yatie menasihati saya agar rajin belajar.


5.      Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada:
Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)
Kata kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )
Kata kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)
Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)
Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)
6.Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya.
Contoh:
     -   tanya kepada Hamidah ( salah )
         bertanya kepada Hamidah ( betul )
     -  jangan lompat ( salah )
         jangan melompat ( betul )
     -   senyum kepada Kartina ( salah )
         tersenyum kepada Kartina ( betul )
Kata Hubung
1. Ada 3 jenis kata hubung iaitu:
Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi.
Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.
Kata hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan saja….tetapi juga dan sebaginya.
2.Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata-kata hubung tersebut.
Contoh:
Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan.
Budak itu cantik kecuali sombong.
Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.
Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.
Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak orang yang tidak peduli.
3.      Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu merupakan kata tanya.
Contoh:
·        Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah )
·        Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )
·        Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )
·        Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )
·        Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )

Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat
1. Adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.  
   Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan perbuatan.
SALAH
BETUL
Apakah benar kata-katamu itu?
Apakah dia menangis?
Apakah aku bersalah?
Adakah benar kata-katamu itu?
Adakah dia menangis?
Adakah aku bersalah?


2.boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan   
3 Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
SALAH
BETUL
Syimir sudah boleh menunggang kuda.
Mazni tidak boleh pergi kerana demam.
Kami tidak boleh datang kerana hujan.
Syimir sudah dapat menunggang kuda.
Mazni tidak dapat pergi kerana demam.
Kami tidak dapat datang kerana hujan.


3.   bukan dan tidak: Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.
Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat.


SALAH
BETUL
Cincin ini bukan cantik.
Kami bukan membaca buku.
Basikal ini bukan mahal.
Saya bukan duduk di situ.
Cincin ini tidak cantik.
Kami tidak membaca buku.
Basikal ini tidak mahal.
Saya tidak duduk di situ.


4.pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang   
  jauh. Kata pendalaman bererti usaha mendalamkan.
SALAH
BETUL
Kawasan pendalaman  itu akan dimajukan.
Beberapa kawasan pendalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pedalaman dasar Sungai Air Hitam akan dijalankan.
Kawasan pedalaman itu akan dimajukan.
Beberapa kawasan pedalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pendalam Sungai Air Hitam akan dijalankan.



3 comments:

  1. Sumber diatas saya ambil untuk mengajar anak saya.tq

    ReplyDelete
  2. sumber diatas saya ambil untuk mengajar anak saya..mohon share.tq

    ReplyDelete