Monday, 22 October, 2012

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia
Tarikh :            18-10-2012  (Khamis)                                     Masa : 9.00a.m. -9.30p.m.
Tahun : 5                                                                Bilangan Murid : 8 orang
Tajuk : Cerita Rakyat
Sub Tajuk : Cerita Binatang
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
                      1) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
                      2) Menjawab soalan berdasarkan teks yang dibaca.
                     3) Mengecam 4 nilai murni yang terdapat dalam teks.
 Fokus Utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang
                          betul dan memahami perkara yang dibaca..
       Aras 3 (i) Membaca ayat dalam teks dengan sebutan dan intonasi yang  betul .
Fokus Sampingan : 11.2 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pikah lain.
                                  Aras 1 (i) Mengecam meklumat yang terdapat dalam teks.
Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar
Nilai murni : Saling hormat-menghormati, rajin, beramah mesra, bertanggungjawab, taat setia, berhemah tinggi
Ilmu: Sastera, Pendidikan Moral, Kajian Tempatan
Kemahiran Nilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Menghubung kait, menjana idea, membuat keputusan, merumus
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan memaklumkan
Kecerdasan Pelbagai: Interpersonal, intrapersonal, kinestetik, emosi
Bahan Bantu Mengajar : LCD Projektor, komputer riba, Slaid Power Point, Kad Manila, Maker pen

                                                                                                   






Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(3 minit)
Soalan:
1. Apakah nama binatang tersebut?
2. Apakah sumbangan lembu dan kerbau kepada manusia?

1. Guru menunjukkan gambar-gambar binatang dengan projector.

2. Guru meminta murid meneliti gambar dan menjawab soalan.

3. Guru mengemukakan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu cerita “Kisah Lembu dan Kerbau”.

BBM:
LCD Projektor
Komputer riba
Slaid Power Point

Kemahiran Berfikir:
Menghubung kait
Langkah 1
(6 minit)
Cerita “Kisah Lembu dan Kerbau” dari buku teks m/s 135.

1. Murid membaca bahan bacaan 1 iaitu cerita “Kisah Lembu dan Kerbau”.

2. Guru membetulkan sebutan dan intonasi murid semasa membaca.

Langkah 2
(8 minit)
Sila rujuk power point yang saya buat.
1. Guru bersoal jawab dengan murid.

2. Guru memaparkan soalan dengan menggunakan LCD Projektor.

3. Guru membimbing murid menjawab berdasarkan teks yang telah dibaca.



4. Guru menggalakkan murid menjawab dengan ayat yang lengkap.

5. Guru memaparkan jawapan yang lengkap melalui LCD Projektor.

6. Guru meminta murid angkat tangan sebelum menjawab.  
BBM:
LCD Projektor
Komputer riba
Slaid Power Point

Nilai:
Rajin
Saling hormat-menghormati
Langkah 3
(8 minit)

Ni
Nila
Nilai Murni
Nilai Murni
Nilai Murni
Nilai Murni
1. Guru       membahagikan murid kepada 2 kumpulan.

2. Guru mengagihkan kad manila dan marker pen kepada setiap kumpulan.


3. Guru menerangkan peraturan dan cara menjalankan aktiviti kumpulan.



4. Murid mengecam nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks yang telah dibaca.

5. Murid menulis nilai-nilai murni dalam kad manila dan  menunjukkan kepada murid lain.

6. Guru meminta murid menerangkan nilai murni daripada watak cerita.

BBM:
Kad Manila
Maker pen

Nilai:
Bekerjasama
Berdisiplin
Rajin
Berhemah tinggi
Taat setia



Kecerdasan Pelbagai: Interpersonal, intrapersonal



Kemahiran Berfikir:
memproses dan memaklumkan

Penutup
(5 minit)

1. Guru menunjukkan bahan bacaan ke-2 iaitu jalur komik.

2. Guru meminta murid membaca komik tersebut.

3. Murid memilih bahan cerita yang mereka suka dan memberi alasan.

BBM:
LCD Projektor
Komputer riba
Slaid Power Point

Kemahiran Berfikir : Membuat keputusan, merumus





1 comment:

  1. RPH yang boleh diambil sebagai rujukan semasa saya menulis RPH.

    ReplyDelete