Friday, 12 October 2012

PADUAN MENJAWAB KERTAS DUA BAHAGIAN A

Kertas Dua Bahagian A
Panduan Menjawab (Mentafsir Bahan Grafik)

  1.0  Pengenalan
          Hanya satu soalan bergambar / ilustrasi dikemukakan. Bagi menjawab soalan ini, dicadangkan
          langkah-langkah berikut:

    1.1  Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan
           - Baca soalan dan fahami arahannya.
           - Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap berdasarkan situasi atau keadaan / aktiviti
             dalam bahan ilustrasi yang diberi.

    1.2  Memahami / meneliti situasi atau keadaan
           - Sama ada bahan ilustrasi itu gambar tunggal atau bersiri, anda perlu
             melihat dan memastikan perkara / situasi / keadaan yang terdapat
             dalam gambar / ilustrasi.
           - Catat perkara itu berdasarkan yang tersurat / nyata atau dilihat.
           - Masa yang dicadangkan untuk memahami situasi gambar ialah 3 minit.

    1.3  Menulis ayat yang lengkap
           - Ayat yang ditulis hendaklah lengkap.
           - Satu perkara / keadaan / aktiviti ditulis dalam satu ayat.
           - Masa yang dicadangkan untuk menulis ayat ialah 5 minit.

    1.4  Menyemak
           - Semak,  sama ada ayat yang ditulis benar-benar berdasarkan perkara /
             keadaan / aktiviti yang terdapat dalam gambar / ilustrasi.
           - Pastikan ayat yang ditulis mengikut struktur, selain ejaan, tanda baca
             dan pemilihan kata yang betul.
           - Masa yang dicadangkan bagi menyemak ialah 2 minit.

  2.0  Panduan Umum Menjawab Soalan

    2.1  Teliti Bahan
           - Teliti gambar yang terdapat dalam soalan
           - Kenal pasti tema / tajuk yang diberi
           - Kesan aktiviti / perlakuan yang terdapat dalam soalan
           - Tulis aktiviti- aktiviti yang ada pada gambar

    2.2  Membina Ayat
           - Bina lima ayat (nomborkan 1-5).
           - Bina ayat-ayat tentang maklumat  tersurat.
           - Membina ayat-ayat tersirat sebagai  pelengkap atau ayat utama.
           - Kelima-lima ayat anda berdasarkan kepada maklumat yang ada pada  
             bahan grafik. 
           - Boleh menamakan watak.
           - Susun ayat mengikut keutamaan isi.    

    2.3  Struktur Ayat
           - Ayat yang jelas menggambarkan maklumat yang hendak disampaikan.
           - Ayat yang dibina hendaklah ayat yang gramatis.
           - Membina ayat tunggal atau ayat   majmuk.
           - Ayat anda berdasarkan kepada maklumat tersurat sahaja. 
           - Ayat daripada isi tersirat mesti ada pertautan  dengan bahan grafik   

    2.4  Menyemak Semula
           - Semak dengan membaca semula ayat.
           - Tulisan anda hendaklah jelas dan kemas.

 Contoh Soalan Kertas Dua Bahagian A

BAHAGIAN A
[Masa yang dicadangkan: 15 minit]
[10 markah]

  Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar:

   Contoh 1:


  Aktiviti / Kata Kerja
  -  Mengutip
  -  Mencangkul
  -  Mencabut
  -  Membuang
  -  Menyorong


  Contoh 2:



  Teknik:
  -  Catatkan kata kerja, kata nama dan kata adjektif berdasarkan gambar.
  -  Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut
  -  Nyatakan isi tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata kerja atau nama
     dan kata adjektif yang dicatatkan.
  -  Nyatakan isi tersirat yang boleh memperluas idea.
  -  Membina lima ayat.

  Contoh 3:

  Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah 
Teknik:
  -  Catatkan kata kerja, kata nama dan kata adjektif  berdasarkan gambar.
  -  Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut.
  -  Nyatakan 4 isi tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata kerja,kata
     nama dan kata  adjektif yang dicatatkan.
  -  Nyatakan 2 atau 3 isi tersirat yang boleh gambarkan untuk dijadikan predikat
     (huraian)  dalam ayat yang akan dibina.
  -  Membina lima ayat. 

Mencatatkan Perkataan:


  Membina lima ayat:

  1.  Ahmad tekun membaca buku sebagai persediaan menghadapi peperiksaan
       UPSR.

  2.  Semasa peperiksaan, Ahmad dapat menjawab setiap soalan di dalam
       kertas peperiksaan  dengan penuh keyakinan.

  3.  Apabila keputusan peperiksaan diumumkan, Ahmad mendapat keputusan
       yang cemerlang.

  4.  Ahmad berasa gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana usaha yang
       bersungguh-sungguh   menghasilkan kejayaan.

  5.  Ahmad mendapat hadiah sebagai pelajar cemerlang dalam pelajaran pada
      Hari Penyampaian Hadiah.



    2.5  Teknik Semasa Menjawab Bahan Grafik
           - Kenal pasti  kata kerja  & kata adjektif  dalam gambar.
           - Tulis kata kerja  & kata  adjektif  dalam gambar. (Kertas soalan)        
           - Menulis sebanyak mungkin kata kerja & kata adjektif 

    2.6  Isi Tersurat dan Isi Tersirat
           - Perkara-perkara atau aktiviti yang  terdapat atau yang dapat
             dilihat dengan jelas dalam gambar dikenali  sebagai maklumat tersurat.
           - Idea-idea yang berkaitan atau yang boleh dikaitkan dengan gambar        
             dikenali sebagai maklumat tersirat.    








 



1 comment:

  1. Contoh yang cikgu pamerkan ini amatberguna oleh itu,Saya mengambil untuk kegunaan murid saya.

    ReplyDelete